SIAPA KAMI

Peneraju Sewa Lori Pandu Sendiri Termurah Dipasaran.

TENTANG KAMI

Sewa Lori Pandu Sendiri(SLPS) adalah jenama perkhidmatan yang kami tawarkan kepada orang ramai. Khidmat lori sewa tanpa pemandu yang bermula secara sambilan pada mulanya, mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan diluar jangkaan. Sewa Lori Pandu Sendiri(SLPS) diterajui oleh Encik Mohamed Farouk sebagai Pengarah Urusan dan dibantu oleh Puan Selina sebagai Penolong Pengarah.

Setelah lebih 7 tahun beroperasi, SLPS terus berusaha mendekati masyarakat dan menjadi sebahagian daripada penyokong kepada industri pengangkutan. Maklum balas positif daripada pelanggan menjadikan kami terus komited dalam memberikan khidmat yang terbaik.

Bersama kakitangan pentadbiran, SLPS mempunyai pasukan sokongan yang sentiasa membantu dalam apa jua situasi yang diperlukan oleh para pelanggan.

Dengan slogan " Bring Anything..Going Anywhere..Only with ONE PRICE " SLPS akan terus diberi ruang dan peluang untuk meluaskan pasaran sekaligus menjadi pendokong kepada para pelanggan yang sentiasa memerlukan khidmat kami.

misi

Menyediakan perkhidmatan sewa lori dengan harga yang sangat berpatutan serta berkualiti kepada semua peringkat masyarakat.

visi

Bertanggungjawab dalam memastikan kepuasan pelanggan. Menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

khidmat

Menawarkan khidmat lori sewa seperti pindah rumah, bilik, pejabat dan gudang. Lori sewa untuk hantar barang katering, butik pengantin, pindah signboard, mesin dan lain-lain.

pakej

Pakej harga sewa lori mengikut saiz lori dan tempoh sewaan. Sewaan secara jam, harian, mingguan dan bulanan disediakan. Kekosongan sewaan bergantung kepada tempahan sedia ada.

DISEBALIK TADBIR

EN.MOHAMED FAROUK

PENGARAH URUSAN

PUAN SELINA

PENOLONG PENGARAH

NUR AMIERA

ADMIN KOORDINATOR

EN. MUJAHID

PEMANDU